DEFINISI MEDIA MASSA
Media massa merujuk
kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar
pengguna media melalui komunikasi massa. Teknologi melalui komunikasi dilakukan
dengan cara yang pelbagai. Media siaran seperti radio, rakaman muzik, filem, televisyen
dan internet memancarkan maklumat mereka secara elektronik. Media cetak pula
menggunakan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, atau komik untuk
menyebarkan maklumat mereka.
Media luaran merupakan
satu bentuk media massa yang terdiri dari papan iklan, tanda atau kenyataan
yang diletakkan di luar dan di dalam bangunan perdagangan, stadium sukan, kedai
dan bas. Media luaran lain termasuk papan tanda terbang (ditunda oleh kapal terbang),
kapal udara, dan penulisan di langit.Ucapan umum dan perhimpunan diatur juga
boleh dianggap sebagai media massa.
Media digital
merangkumi kedua-dua komunikasi massa Internet dan web mudah alih. Pembekal
media Internet memberikan banyak perkhidmatan media massa, seperti email, tapak
web, blog, dan radio dan televisyen berasaskan internet. Banyak saluran media
massa lain memiliki kehadiran di web, seperti memiliki iklan TV yang memiliki
pautan pada tapak web, atau menyebarkan Kod QR pada cetakan atau media luaran
bagi memandu pengguna mobil ke laman web. Melalui cara ini, mereka boleh
menggunakan capaian mudah yang dimiliki Internet, dan penyebaran yang
dibolehkan melalui Internet, kerana maklumat boleh disiarkan dengan mudah pada
banyak wilayah di dunia secara serentak dan efisen kos.
DEFINISI AKHLAK
REMAJA
Menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga (1998),akhlak memberi maksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku
manusia dan tabiat sama ada baik atau jahat. Menurut Kamus Za'ba (2000), akhlak
memberikan dua pengertian iaitu pengertian yang pertamabermaksud watak dan
pengertian akhlak yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek samada
daripada pandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran,hadis dan
ahli sufi. Rahman Md. Aroff (1996) menyatakan bahawa akhlak berasal daripada
Bahasa Arab iaitu jama' daripada kata 'khuluq' yang membawa maksud
kepercayaan,keyakinan, pegangan,sikap, tabiat dan tingkah laku.
Maksud ini terkandung
dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang telah
dikatakan oleh Aisyah r.a yang bermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah
al-Quran" . Akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang dimaksudkan dalam kata-kata
di atas ialah kepercayaan,keyakinan, pegangaan sikap dan tingkah laku Nabi Muhammad
s.a.w.yang semuanya merupakan perlaksanaan ajaran al-Quran. Akhlak menurut
istilah Islam ialah sikap keperibadian yang melahirkan perbuatandan tingkah
laku manusia terhadap tuhan dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk
lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan hadis.
ISU
- ISU TENTANG HUBUNGAN MEDIA MASSA DENGAN AKHLAK REMAJA
UTUSAN ONLINE : MEDIA DAN REMAJA
Remaja mengenal dunia melalui persekitarannya. Apa yang diacu kepada remaja melalui aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja yang sebegitu.Bidang komunikasi dan maklumat berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat daripada mulut ke mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak.
Namun, arus globalisasi sememangnya tidak boleh dielak. Ia telah melewati sempadan komunikasi, autonomi ekonomi, politik dan sosial dan telah mewujudkan suatu budaya baru dalam berpandangan dan bersuara. Salah satu arus globalisasi yang popular di kalangan remaja dan masyarakat setempat ialah budaya hiburan yang terhidang dalam bentuk yang pelbagai.
Melalui gajet-gajet yang dihasilkan oleh teknologi, remaja boleh menikmati hiburan dalam apa jua bentuk melalui apa jua jenis media, sebesar skrin wayang gambar sehingga sekecil telefon bimbit.
Selain itu, apa jua bentuk hiburan seperti nyanyian, konsert, filem, drama dan sebagainya boleh dinikmati melalui televisyen yang semakin berkembang isi kandungannya. Melalui komputer atau komputer riba pula, pelbagai jenis bentuk hiburan boleh di muat turun dan dinikmati tanpa mengira masa.
© Utusan Melayu (M) Bhd
UTUSAN ONLINE: REMAJA DAN MASALAH SOSIAL
MASYARAKAT Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku hampir setiap hari.
Kebanyakannya memfokuskan kepada remaja dan masalah sosial itu tiada hentinya untuk dibicarakan. Remaja mengandung luar nikah semakin mengancam keharmonian masyarakat, semakin banyak ditegur, dipapar dan disiarkan gambar-gambar bayi yang dibuang macam sampah oleh pelaku tidak bermoral itu, semakin bertambah pula bilangan bayi-bayi yang dibuang.
Mengapa anak-anak remaja kita semakin runtuh akhlaknya dan hilang sikap malu dan adab sopan sebagai manusia? Tiada siapa mampu memberi jawapannya kerana yang pasti akhlak remaja semakin rosak dan liar.
Apabila kita renung kembali dengan ikhlas sebagai ahli masyarakat, ibu bapa dan juga pemimpin, mengapa masalah sosial ini terus berlaku? Ini kerana kita terlupa atau buat-buat lupa tentang punca akar umbi masalah sosial tersebut.
Berikut sedikit sebanyak punca masalah sosial remaja kita.
© Utusan Melayu (M) Bhd
UTUSAN ONLINE : KEBEBASAN MEDIA PERLU DIKAWAL
DALAM dunia tanpa sempadan sekarang, masyarakat sentiasa dahagakan maklumat terkini dengan kadar pantas. Jika 50 tahun dahulu, sesuatu berita walau sensasi macam mana sekali pun akan hanya tersebar meluas apabila surat khabar dicetak dan diedar pada keesokan paginya.
Kita harus sedar, dunia hari ini memperlihatkan banyak maklumat disebarkan melalui komunikasi media yang bebas dan terbuka, dan jika disalahgunakan, perkara itu akan memberi pelbagai impak terhadap individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, bagaimana permasalahan ini dapat ditangani tanpa menimbulkan sebarang kesulitan?
Demi menjaga kepentingan masyarakat awam dan keselamatan negara, kebebasan media dalam memperoleh mesej dan menyebarkannya perlulah bergerak dalam lingkungan undang-undang serta berpegang teguh pada akhlak dan etika yang luhur.
Sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka, kita mempunyai hak dan tanggungjawab yang cukup besar dalam mencorak dan menentukan acuan paling sesuai untuk rakyat dan negara kita. Apa yang sesuai untuk sesuatu negara lain tidak semestinya sesuai untuk Malaysia.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/kebebasan-media-perlu-dikawal-1.387658#ixzz5PaU9Pf6y
© Utusan Melayu (M) Bhd
VIDEO HUBUNGAN MEDIA MASSA DENGAN AKHLAK REMAJA
HADIS DAN DALIL
Allah ‘azza wa jalla menciptakan
manusia di atas fitrah. Allah ‘azza wa jalla berfirman,
فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفٗاۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي
فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ
ٱلۡقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
“Hadapkanlah wajahmu kepada
agama yang lurus, (tetaplah di atas) fitrah dari Allah yang menfitrahkan
manusia di atasnya, tiada yang akan bisa merubah ciptaan Allah. Itulah agama
yang lurus, tetapi kebanyakan orang tidak mengetahuinya.”(ar-Rum: 30) Asy-Syaikh Shalih al-Fauzan hafizahullah berkata, “Fitrah adalah agama Islam
sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
.كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِه
“Setiap anak yang lahir, dilahirkan di atas
fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani,
atau Majusi.” (HR. al-Bukhari dan Muslim) (Syarah Fadhlul Islam, hlm. 111)
Ta’aruf yang berarti saling mengenal atau saling mengetahui,
sedangkan tafahum artinya saling memahami keadaan satu dengan yang lainyan.
Oleh karena itu dengan akhlak ini akan terlahir saling pengertian satu sama
lainnya yang menjadikan dekatnya hubungan dan adanya jalinan hati yang kuat.
Dalam firman Allah di jelaskan:(al-Hujurat [49]:13)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ
إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ
لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ
عِنْدَ اللَّهِ
أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Artinya: “Hai manusia, Sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang
yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha
Mengena.
MEDIA MASSA
Hadits
Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم, maka hanya akan terpulang pada satu poin saja,
yakni: Hati.Hal itu adalah sebagaimana dalam Hadits Shohiih Riwayat Al Imaam Al
Bukhoory no: 52 dan Riwayat Al Imaam Muslim no: 1599, dari Shohabat An Nu’maan
bin Basyiir رضي الله عنه dimana Rosuulullooh صلى الله عليه وسلم bersabda:
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
Artinya:“Sesungguhnya dalam diri manusia
terdapat segumpal darah. Jika baik, maka baik lah seluruh amalannya. Dan jika
rusak, maka rusak lah seluruh amalannya. Dia adalah Hati.”
Suatu pelajaran yang dapat kita petik dari Hadits tersebut adalah bahwa jika Hati (Qolbu) seseorang itu baik dan sehat, maka akalnya (caranya ia berpikir), sudut pandangnya, emosinya dan segala perilakunya pun akan menjadi baik pula.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, keruntuhan akhlak remaja
bukan disebabkan faktor media massa sahaja malahan melibatkan faktor - faktor
lain juga. Sebagia anak remaja, jagalah perilaku kita agar tidak menyesal pada
kemudian hari, kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Remaja adalah struktur masyarakat yang baru membentuk sebuah tiang seri. Tiang seri itu harus kukuh dengan nilai jati diri yang baik dan sekiranya tiang seri itu rapuh, maka bangunan yang ingin dihasilkan akan runtuh menyembah bumi.Oleh itu, dalam dunia yang semakin mengecil ini, kita perlu berhati-hati kerana globalisasi memang sukar kita tahan, apatah lagi dengan pendedahan kepada siaran yang tidak membina pemikiran positif dan nilai-nilai murni.Ini bererti peranan pendidikan informal di rumah yang dimonopoli oleh ibu bapa terpaksa berdaya saing dengan media. Remaja harus menerima maklumat daripada media dan mencernanya mengikut lingkungan yang benar dan mengikut landasan agama dan syariat.
No comments:
Post a Comment